Wednesday, 29 May 2013

Pekerja kedai 24 jam diperkosa bergilir-gilir lima lelaki



Gambar hiasan
SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami detik hitam dilarikan dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di sebuah hotel di Bandar Puteri Puchong, Puchong, baru-baru ini.

Mangsa, berusia 19 tahun, sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja, kira-kira jam 7.45 pagi, 31 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa berjalan kaki kemudiannya didatangi dua lelaki.

“Mangsa ditarik ke dalam kereta dan terus dilarikan. Di dalam kereta itu ada tiga lagi lelaki. Dia dibawa ke sebuah hotel, dirogol bergilir-gilir dan ditinggalkan bersendirian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Perogol-perogol yang diburu polis

Mohd Adnan berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia 17, 18 dan 24 tahun di kawasan Puchong dalam operasi khas berakhir Jumaat lalu.

Menurutnya, dua lagi lelaki sedang dikesan iaitu, B Teiventhirraupillai, 26, dan seorang mekanik dikenali Ramu, berusia lingkungan 20-an.

Orang ramai yang tahu di mana dua lelaki itu berada diminta hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Haziratul Qiffiah Hasim di talian 017-7087501 bagi bantu siasatan.

Perempuan Pula Mengganas Dengan Membuli Tanpa Belas Kasihan




Jumaat, 12 April 2013




Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Pada 8 hari bulan yang lalu, Malaysia dikejutkan dengan kes buli seorang remaja lelaki yang dipercayai ketua tingkatan dibuli tiga orang remaja lain dengan kejam.

Kali ini pula seorang remaja perempuan dibuli dengan tiada belas kasihan oleh dua remaja yang lain. Yang sedihnya, salah seorang pembuli itu memakai tudung tetapi tetapi membuli saudara Islam sendiri. Yang dibuli itu disepak, ditampar, diguting rambutnya sehingga menyebabkan yang dibuli itu luka. Dimanakah sifat kasihan sesama insan di dalam remaja ini ? 

Tambahan pula terdapat seorang remaja lelaki di dalam klip video ini yang hanya menyaksikan kejadian itu. 


Kepada sesiapa yang mempunyai informasi tentang kejadian ini sila lapurkan kepada pihak Polis. Biar mereka dikenakan hukuman yang setimpal seperti kes baru-baru ini.

Gadis dibelasah Teman Lelaki sebelum diPerkosa




 

imej
Kuala Lumpur: Padah mengikut teman lelaki pulang ke rumahnya di Jalan Ipoh, seorang gadis berusia 19 tahun dibelasah abang teman lelakinya dengan penyangkut baju selain kepalanya dihentak ke bucu katil sebelum dirogol lelaki berkenaan, kelmarin.
Difahamkan, abang kepada teman lelaki mangsa turut merakamkan aksi dia merogol mangsa menggunakan telefon bimbit sebelum disebarkan kepada rakannya.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa keluar dari rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak untuk berjumpa dengan teman lelakinya dengan menaiki teksi.
Katanya, sebaik tiba di Jalan Ipoh, teman lelakinya membawa mangsa balik ke rumah sewanya dan mereka melepak di dalam bilik.
“Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, teman lelaki mangsa keluar membeli makanan sementara mangsa menunggu di dalam bilik.
“Kesempatan itu digunakan abang kepada teman lelaki mangsa untuk masuk ke dalam bilik dengan tiba-tiba sebelum memaksa mangsa mengadakan hubungan seks dengannya,” katanya.
Beliau berkata, apabila mangsa melawan, lelaki itu bertindak ganas dengan membelasah mangsa dengan penyangkut baju dan menghentak kepalanya di bucu katil hingga separuh sedar.
“Tanpa belas kasihan, mangsa dirogol dua kali hingga pengsan.
“Keesokannya, mangsa hanya sedarkan diri hasil bantuan seorang rakan teman lelakinya yang menyimbah air pada mukanya sebelum memaklumkan abang teman lelakinya sudah menyebarkan video aksi seks mangsa dirogol kepada rakannya,” katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang.
Jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

Setelah meniduri Gadis bawah Umur,Lelaki ini sempat lagi buat tato dikemaluan mangsa





 
 
Oregon AS - Seorang lelaki mengaku setelah meniduri gadis bawah umur dan membuat tato namanya di Vagina mangsa.

Lelaki bernama Rader teah melakukan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun tidak hanya meniduri gadis tersebut malah Rader juga dituduh telah membuat tatu di kemaluan mangsa.

Mangsa yang mengaku kepada polis mengatakan jika ia mengenal Rader di laman sosial dengan pujuk rayu Rader mengajak gadis tersebut melakukan hubungan seks. Ketika hubungan seks telah berlangsung Rader membuat tiga tatu di tubuh gadis itu salah satu tatonya dibuat di kemaluan gadis tersebut.

Akibat daripada keterangan gadis tersebut Rader yang telah berusia 30 tahun, menghadapi tuduhan melakukan jenayah rogol, penyelewengan seksual pada anak melalui talian, dan cuba menggunakan anak untuk berkelakuan seksual.

Namun Rader menolak jika ia telah meniduri gadis bawah umur sebab ketika ia tidur dengan gadis itu ia mengetahui jika gadis tersebut berusia 18 tahun. Sementara si gadis mengatakan kepada polis kalau ia tidak pernah menyebut usianya kepada Rader. Akibat dari itu, Rader  ditangkap polis dan dimasukkan ke penjara pada 2 Januari 2013.

Habuan Nafsu Jantan 14 Lelaki





 
 
GOMBAK: Seorang wanita berusia 30 tahun yang datang ke ibu kota sendirian untuk mencari pekerjaan ibarat dihumban ke neraka oleh seorang lelaki baru dikenali yang sebelum itu berpura-pura mahu memberikan bantuan.

Selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa yang dari sebuah negeri di selatan tanah air dibawa ke sebuah rumah di Taman Sri Gombak di sini, sebelum dikurung dan dipaksa melayani nafsu buas 14 lelaki sejak dua minggu lalu.

Sumber polis berkata, mangsa yang mengaku tidak mempunyai saudara serta kenalan di ibu negara, berkenalan dengan suspek berusia 30-an, di sebuah stesen minyak di Taman Sri Gombak, kira-kira jam 10 malam, pertengahan bulan lalu. Menurutnya, ketika itu mangsa meminta suspek memberinya sedikit makanan kerana dia tidak mempunyai wang dan suspek menunjukkan simpati dengan berjanji memberikan pertolongan termasuk peluang bekerja.

“Mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah rumah di kawasan perumahan sama, namun sebaik tiba di situ, dia dirogol beberapa kali oleh suspek.

“Malah, suspek terus mengurungnya di rumah itu selama dua minggu dan dalam tempoh itu, suspek memaksa mangsa memberi khidmat seks kepada kenalannya dan mengambil bayaran antara RM100 hingga RM200 untuk sekali perkhidmatan,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa terpaksa akur kerana dia akan dipukul jika melawan atau enggan mengikut arahan.

“Malah mangsa juga hanya diberi makanan dan minuman selepas melayani nafsu lelaki yang melangganinya. Sepanjang tempoh dikurung, mangsa mendakwa dia terpaksa melayani 14 lelaki,” katanya.

Menurutnya, penderitaan wanita itu bagaimanapun berakhir apabila dia berjaya meloloskan diri dari rumah berkenaan ketika suspek tertidur kira-kira jam 9 pagi kelmarin.

“Sebaik bebas, mangsa terus mendapatkan bantuan anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan. Hasil tindakan pantas, polis segera menyerbu rumah mangsa dikurung dan menahan dua lelaki untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki terbabit yang direman sehingga 6 Januari ini.

Menurutnya, polis masih memburu beberapa suspek lain yang masih bebas

Isteri ditelanjangi oleh Remaja Geng Lepak





 
 
Akibat tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan.
Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.
Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.
“Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya.

“Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.
Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.
“Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau penduduk selepas mengambil minuman keras.
“Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

NURUL IZZAH MEROYAN BILA RNC BUAT KERJA!!!





Bila Gambar Pun Boleh Berbicara...
Herankan dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Diorang ni mudah sangat naik cacing ke mata bila melihat pemimpin Barisan Nasional buat kerja.

Selama hari ini diorang mendakwa kononnya pemimpin BN ni semuanya tak buat kerja. Diorang tuduh pemimpin BN ni sibuk berpolitik 24 jam.


Walhal, diorang sendiri yang kuat berpolitik. Dah jadi wakil rakyat pun masih tak buat kerja. Masih jugak diorang sekadar bercakap dengan lalat dan langau.

5 tahun beb. 5 tahun berlalu tapi tak de satu hapah pun kerja yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu untuk rakyat dikawasan dia sendiri. Pun dia masih tak sedar diri jugak ke?

Dicabar suruh dia senaraikan apa yang dia dah buat untuk rakyat pun dia tak mampu. Pun lagi dia masih ada hati nak pertikaikan kerja orang lain?

Kamon la Nurul! Kalau nak lawan dengan orang, jangan cerita la bab 'Naungan Politik', umpan duit dan sebagainya. Buat je apa yang termampu.

Ini tidak. Nak jugak dia panjat pentas ceramah dan buat tuduhan yang bukan - bukan sedangkan orang lain turun ke padang dan bantu rakyat.

Kalau setakat bercakap ni Nurul, semua orang pun pandai, semua orang reti buat. Suruh budak tadika pun diorang mampu. Takkan itu pun dia tak faham jugak kot?

Haduyai! Inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Bila orang lain buat kerja diorang pertikai. Sebab apa? Sebab diorang sendiri tak buat kerja tu.

Andai kata dia ada bagi sumbangan kepada rakyat, membantu dalam menjaga kebajikan mereka, dia takkan rasa goyang. Dia tentu rasa yang rakyat akan menyebelahi dia. Tapi sebab dia tak buat. Tu pasal la dia meroyan tak tentu arah!!!